Monday, March 30, 2009

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dibawah projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) fasa 5, sebanyak 250 lokasi akan dibangunkan untuk meningkatkan pembangunan modal insan. Projek-projek ini akan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan disamping kemudahan-kemudahan fizikal.

Pembinaan 250 Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) diseluruh negara bagi meningkatkan prasarana komunikasi teknologi (ICT) merangkumi komputer dan sambungan internet kepada penduduk luar bandar. Pembinaan PPIK berkenaan adalah kesinambungan daripada projek USP diseluruh negara bermula 2002, yang antara lain bertujuan merapatkkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

No comments: